Isnin, 6 Jun 2016

Azmin mungkin tak turun berkempen

Azmin mungkin tak turun berkempen
Mohamed Azmin Ali meluangkan masa bertemu Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man di Pekarangan Pusat Penamaan Calon Dewan Seri Bernam, pagi tadi.
 
 
SHAH ALAM - Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, beliau mungkin tidak dapat memberikan komitmen sepenuh masa untuk berkempen bagi membantu calon Pakatan Harapan di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Katanya, sukar untuk menentukan jadual harian beliau lantaran kesibukan mengiring Sultan Sharafuddin Idris Shah ke majlis berbuka puasa di Selangor.

“Saya akan melihat jadual saya dan cuba berada di kedua-dua tempat dalam masa yang sama saya juga harus memenuhi tugas saya seperti tahun lepas untuk mengiringi Tuanku Sultan pada hampir setiap malam,” katanya kepada ketika proses penamaan calon PRK Sungai Besar.

Bagaimanapun, katanya, beliau akan cuba mencari masa yang sesuai untuk turun berkempen di kedua-dua PRK.

Sementara itu, Mohamed Azmin menyeru supaya semua jentera parti PKR turun berkempen ke Sungai Besar dan Kuala Kangsar untuk membantu calon Pakatan Harapan yang bertanding.

Dalam pada itu, beliau juga sempat mengucapkan selamat kepada calon Pas, Dr Rani Abdul Othman yang bertanding di Sunagi Besar.

“Dr Rani dari Pas masih sebahagian daripada kerajaan negeri dan dia juga penyokong polisi kerajaan negeri,” katanya.

Berbeza dengan di Kuala Kangsar, beliau berkata, fokus pembangkang di Selangor iaitu Pakatan Harapan dan Pas ialah menumbangkan BN.


Tiada ulasan: