Selasa, 14 Jun 2016

Azmin anggap Dollah Kok Lanas tokoh wartawan, letak asas demokrasi negara

MALAYSIA DATELINE
 
 
Allahyarham Abdullah Ahmad tokoh amat dikenali kerana penulisannya yang tajam memberi makna cukup terkesan kepada masyarakat MalaysiaAllahyarham Abdullah Ahmad tokoh amat dikenali kerana penulisannya yang tajam memberi makna cukup terkesan kepada masyarakat Malaysia

Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Strais Times Press, Allahyarham Tan Sri Abdullah Ahmad yang juga dikenali sebagai Dollah Kok Lanas merupakan seorang tokoh wartawan yang memainkan peranan besar dalam membantu meletakkan asas demokarsi di negara ini.

Beliau yang mengenali Allahyarham sejak kira-kira 30 tahun lalu, berkata walaupun Allahyarham pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dari tahun 1976 hingga 1981, namun selepas dibebaskan beliau banyak menulis mengenai pelbagai aspek yang menyentuh isu demokrasi dalam negara.

“Saya mengenali beliau sejak hampir 30 tahun dan sudah tentulah ketokohan beliau sebagai seorang pejuang yang amat dihormati khususnya ketika berkhidmat sebagai setiausaha politik Allahyarham Tun Abdul Razak, Perdana Menteri ketika itu.

“Apabila beliau ditahan di bawah Akta ISA dan dibebaskan beliau terus berjuang termasuk terlibat secara langsung sebagai wartawan dan tokoh amat dikenali kerana penulisannya yang tajam, memberi makna cukup terkesan kepada masyarakat Malaysia,” kata Mohamed Azmin seperti dilaporkan SelangorKini.

Mohamed Azmin berkata demikian selepas hadir untuk memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham di Taman U-Thant di sini, malam tadi.

Jelas Mohamed Azmin, Allahyarham Abdullah turut menyatakan dokongannya supaya beliau supaya terus tabah ketika berhadapan ujian getir sebelum Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri ketika itu.

“Kita merasa sedih atas pemergian Allahyarham. Beliau merupakan seorang tokoh negarawan, pejuang yang banyak menyumbangkan khidmat dan bakti kepada negara dan beliau juga beliau banyak memberi nasihat dan berbincang dengan saya,” kata Mohamed Azmin

Tiada ulasan: