Sabtu, 18 Jun 2016

AMANAH: 'Pengundi kritikal', atas pagar tentukan keputusan

Keputusan dua pilihan raya kecil (PRK) hari ini sebahagian besarnya akan bergantung kepada undi 'pengundi kritikal' atau pengundi atas pagar, kata Pengarah Strategi AMANAH, Dzulkefly Ahmad.

Katanya, keputusan bergantung pada keberanian 'pengundi kritikal', yang dijangka menterjemahkan 'perbezaan pendapat dan kekecewaan' mereka terhadap kepimpinan mereka atau pengundi atas pagar yang telah mengundi parti/gabungan tertentu, untuk beralih sokongan/kesetiaan dalam PRK kali ini.

Dalam satu kenyataan hari ini,
beliau berkata 'pengundi kritikal' termasuk apa yang beliau sifatkan sebagai ahli PAS dan penyokong bukan ahli yang "tidak puas hati".

Beliau menambah ini termasuk ahli atau penyokong Umno yang sama ada pro-bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad atau anti-Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Ahli-ahli Umno ini, katanya, mungkin juga tidak bersetuju dengan pemilihan calon, katanya.

Menurutnya, terdapat sebab-sebab dan bukti yang mencukupi bahawa golongan ini akan membawa perubahan besar terhadap undi kepada PAS dan Umno.

Bagaimanapun, katanya, belum dapat dilihat dan diukur sama ada undi mereka akan beralih kepada AMANAH/Pakatan Harapan.

Sambil menyifatkan kedua-dua PRK itu sebagai kompleks untuk diramalkan, Dzulkefly menjelaskan beliau teruja untuk melihat sama ada parti baru ditubuhkan AMANAH, dengan diapit oleh DAP dan PKR, boleh membuat kejutan dalam PRK tersebut.

Beliau juga menyatakan bahawa kehadiran Mahathir dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali dalam kempen di sana, telah menyumbang dalam menangani segmen tertentu pengundi Melayu.

Tiada ulasan: