Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Kedah, Datuk Bakar Din dilihat tiba di hospital seawal pukul 8.45 pagi Ahad.
Beliau meninggalkan hospital kira-kira lima minit kemudian.
Ketika ditemui, Bakar Din berkata: "Datuk Seri Ahmad Bashah sedang tidur, jadi saya tidak mahu mengganggu beliau. Saya akan datang semula kemudian."
Katanya, beliau akan memberi maklumat lanjut berhubung tahap kesihatan Menteri Besar Kedah itu kemudian.
Pada Sabtu, Ahmad Bashah dikejarkan ke hospital selepas mengadu keletihan dan pening sebelum pitam.
Ahmad Bashah sebelum itu menghadiri mesyuarat bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) di Hotel Grand Alora pada pukul 7 malam dan dikejarkan ke hospital kira-kira 7.15 malam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan