Ahad, 5 Jun 2016

Ahli Umno nyata sokongan pada calon PAN di PRK Kuala Kangsar

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Ahli Umno, Syed Rosli Syed Harman hari ini menyatakan sokongan kepada calon Parti Amanah Negara (PAN) selepas kecewa dengan calon yang dipertaruhkan partinya sendiri.
 
Syed Rosli sebelum ini  mengumumkan dia ingin bertanding sebagai calon bebas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar, namun menukar fikiran kerana masih sayangkan Umno.
 
Pun begitu dia tetap tidak bersetuju partinya meletakkan Datin Mastura Mohd Yazid sebagai calon bagi berdepan dengan tiga lagi calon daripada PAS, Parti Amanah Negara (PAN) dan seorang calon Bebas. 
 
“Saya menyokong beliau (calon PAN) bukan kerana beliau dari Parti PAN namun kerana beliau anak jati Kuala Kangsar! Itu sahaja.
 
“Pada calon Umno BN, saya anak jati Kuala Kangsar tidak menentang kamu lagi dan juga tidak menyokong kamu juga. Saya tidak masuk campur,” katanya.
 
“Saya masih belum tergamak untuk meninggalkan mahupun menikam Umno yang banyak berjasa kepada saya, bangsa Melayu dan negara.
 
“Selepas mendengar nasihat beberapa orang lama di dalam Umno supaya saya tidak meneruskan niat untuk bertanding maka saya pun membuat keputusan pada saat akhir dengan tidak meneruskan niat menjadi calon,” katanya.
 
Terdahulu, Syed Rosli mencuri tumpuan ramai apabila menggunakan kata-kata kesat yang ditujukan kepada Mastura melalui laman Facebooknya.
 
Dia kemudiannya memohon maaf dan mengakui kesilapan sambil menjelaskan bahawa tindakannya itu dipengaruhi perasaan marah dan kecewa dengan pemilihan Mastura.
 
Mastura adalah isteri kepada bekas penyandang Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Muhammad Khairil Anuar Wan Ahmad, yang meninggal dunia akibat nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lepas.
 
 

Tiada ulasan: