Ahad, 19 Jun 2016

1MDB tak beri kesan kepada pengundi Sg Besar, Kuala Kangsar

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
SUNGAI BESAR: Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, isu 1MDB gagal memberi kesan atau mempengaruhi pengundi di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
 
Jelasnya, sekalipun parti pembangkang dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menjadikan isu 1MDB sebagai modal berkempen di kedua-dua PRK itu, Barisan Nasional (BN) masih mampu mempertahankan dua kerusi itu dengan majoriti lebih besar berbanding Pilihan Raya Umum ke-13.
 
“Ia (1MDB) dimainkan sejak hari pertama berkempen tetapi akhirnya pengundi telah membuat keputusan.
 
“Terbukti tohmahan (mereka) salah. Rakyat boleh nilai isu 1MDB sama ada ada impak atau tidak,” katanya,” katanya pada sidang media di Dewan Seri Bernam selepas pengumuman keputusan PRK Sungai Besar malam tadi.
 
Calon BN, Budiman Mohd Zuhdi mendapat 16,800 undi mengalahkan calon Parti Amanah Negara (PAN), Azhar Abdul Shukur yang meraih 7,609 undi dan calon PAS, Dr Rani Osman dengan 6,902 undi.
 
Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya, peratusan keluar mengundi di Sungai Besar hari ini ialah 74.4% berbanding 88% pada PRU13 di kawasan Parlimen sama.
 
Hishammuddin turut meminta wartawan bertanya kepada Mahathir berhubung kekalahan Pakatan Harapan yang disamakan dengan kegagalan Deklarasi Rakyat bagi mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan oleh pengundi Sungai Besar.
 
“Anda perlu tanya beliau (Mahathir). Senang untuk cakap referendum atai keputusan (menentang Najib) akan dibuat dalam acara tertentu dalam masa tertentu.
“Bila terbukti salah, kena tanya dia balik apa pendiriannya terhadap perkara ini,” katanya.
 
Hishammuddin yang gembira dengan jentera pilihan raya BN khasnya yang bekerja untuk mendapat sokongan pengundi Cina, memandangkan pengundi Cina ternyata sudah kembali menyokong parti itu.
 
Jelasnya, BN akan melakukan lebih banyak kajian berhubung trend itu supaya mereka boleh menggunakannya untuk mendapat lebih banyak sokongan daripada masyarakat Cina.
 
 

Tiada ulasan: