Sabtu, 20 Februari 2016

Palanivel wakil rakyat yang gagal

 
Walaupun beliau merupakan calon payung terjun dari Kuala Lumpur, asing kepada masyarakat tempatan dan tidak mempunyai sokongan kuat, kami masih turun padang memujuk pengundi tempatan supaya mengundi Palanivel.


Parlimen-Cameron-Highlands


PETALING JAYA: Ahli Parlimen Cameron Highlands, Dato Seri G.Palanivel dilabel seorang wakil rakyat yang gagal.

Dakwaan itu dibuat oleh wakil Penggiat Belia Cemaron Highland,S. Parthiban ekoran Palanivel mengabaikan nasib masyarakat yang mengundi beliau pada pilihanraya lalu.

“Pada pilihanraya 2013 yang lepas, kami berusaha bersungguh sungguh dalam memastikan kemenangan kepada Palanivel sebagai Ahli Parlimen Cameron Highlands.

“Walaupun kami tahu beliau merupakan calon payung terjun dari Kuala Lumpur, seorang yang asing kepada masyarakat tempatan dan tidak mempunyai sokongan kuat di sini, kami masih turun padang memujuk pengundi tempatan supaya mengundi Palanivel.

“Namun sebaliknya berlaku apabila kami mendapat tahu bahawa beliau hanya hadir sebanyak lima kali ke Parlimen pada tahun 2013 dan 2014,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Katanya, kegagalan bekas Presiden MIC itu membela nasib masyarakat di sana menyebabkan mereka rasa tertipu selepas terlalu memberi kepercayaan kepada Palanivel untuk memenangi kerusi Parlimen tersebut.

“Masyarakat India di sini adalah penyokong tegar Barisan Nasional dan MIC. Oleh itu, kami tidak lagi percaya atau menaruh harapan terhadap beliau untuk membela nasib kami,” katanya.

Tiada ulasan: