Harimau Malaya atau Malayan Tiger (panthera tigris
jacksoni) adalah nama spesis dan tak perlu diubah kerana Malaya dah jadi
Malaysia.
PETALING JAYA: Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mempersoalkan tindakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menukar nama gelaran pasukan bola sepak kebangsaan kepada ‘Harimau Malaysia’ berkuatkuasa semalam.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, penukaran nama tersebut dilihat tidak perlu kerana nama Malaya sudah menunjukkan Malaysia.
“Harimau Malaya atau Malayan Tiger (Panthera Tigris Jacksoni) adalah nama spesis dan tak perlu diubah kerana Malaya dah jadi Malaysia.
Semalam, Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Haji Ahmad Shah mengumumkan gelaran pasukan bola sepak kebangsaan ditukar dari Harimau Malaya kepada Harimau Malaysia berkuatkuasa serta merta.
Tengku Abdullah berkata, gelaran Harimau Malaya yang digunakan sebelum ini sudah tidak sesuai memandangkan perkataan Malaya itu sendiri tidak lagi diguna pakai secara menyeluruh di negara ini sejak pembentukan Malaysia pada 1963.
Beliau turut berharap pengenalan nama gelaran rasmi baharu itu dapat memberi gambaran jelas bahawa skuad kebangsaan atau selepas ini dikenali sebagai skuad Harimau Malaysia adalah milik seluruh rakyat Malaysia termasuk di Sabah dan Sarawak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan