Sabtu, 13 Februari 2016

Jangan takut dipecat kerana kritik Najib – Tun M

 
Ahli UMNO yang dipecat kerana mendesak Najib Tun Razak meletak jawatan akan menjadi lebih berjiwa UMNO
 
 
 
mahathir-najib-umno


PETALING JAYA: Ahli UMNO tidak perlu takut jika dipecat daripada parti kerana mendesak Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas Presiden UMNO berkata, jika dipecat, ia bukan satu pengakhiran kepada sebuah perjuangan menuntut keadilan sebaliknya menjadikan mereka lebih berjiwa UMNO.

“Jadi janganlah fikir jika kita disingkir oleh Najib, habislah kita ….. Tak habis ! Kita orang Melayu, ini negara kita!,” katanya dalam satu temubual yang disiarkan di blog dinturtle.blogspot.

Bekas Perdana Menteri berkata, bukan mudah untuk mendapatkan keadilan dengan memberi contoh pengalamannya sendiri yang pernah dipecat UMNO.

“Bukan mudah hendak bertindak. Saya dulu biasa bertindak zaman Tunku (Tunku Abdul Rahman) dulu, saya pun kena buang. Tapi akhirnya saya dapat balik juga. Jadi kita jangan takut kena buang.

“(Kalau) dia buang, dalam hati kita, kita masih UMNO. Saya biasa resign daripada UMNO tapi saya masih berjiwa UMNO. Bila saya balik, saya balik sebagai UMNO,” tegasnya.

Dr Mahathir yang belum berputus asa untuk menjatuhkan Najib berkata, ahli UMNO kini mempunyai platform untuk menyatakan tidak puas hati terhadap kepimpinan UMNO menerusi Gabungan Ketua Cawangan UMNO (GKCM).

“Saya mahu gerakan ini (GKCM) aktif, kalau kita nak pergi seluruh Malaysia mungkin (melibatkan) belanja banyak, tapi tiap-tiap negeri mesti ada orang (wakil) yang gerakkan. Ini cukup baik,” katanya.

LIHAT VIDEO DI SINI

Tiada ulasan: