Selasa, 16 Februari 2016

Isu RM2.6 bilion : Tan Seng Giaw pertahan Mohd Bakke

 
Sewaktu Mohd Bakke menjawat jawatan sebagai Pengerusi 1MDB pada tahun 2009, masalah itu tidak wujud lagi.


Tan-Sri-Mohd-Bakke-Salleh


PETALING JAYA: Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Dr Tan Seng Giaw yakin bekas Pengerusi 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Tan Sri Mohd Bakke Salleh tidak pernah mengeluarkan kenyataan kononnya wang RM2.6 bilion daripada syarikat 1MDB.

Seng Giaw berkata, PAC juga tidak pernah menyentuh isu RM2.6 bilion kepada Mohd Bakke kerana dia (bekas Pengerusi 1MDB) tidak lama bersama 1MDB.

“Dia di situ tidak sampai enam bulan. Itupun mesyuarat satu dua kali sahaja.

“Orang yang tak tahu jangan buat kenyataan seumpama itu,” katanya ketika dihubungi Free Malaysia Today hari ini.

Justeru, Ahli Parlimen DAP-Kepong berpendapat adalah tidak adil untuk menanyakan isu RM2.6 bilion kepada Mohd Bakke.

“Sewaktu Mohd Bakke menjawat jawatan sebagai Pengerusi 1MDB pada tahun 2009, masalah seperti itu masih lagi tidak wujud lagi,” tambahnya lagi.

Semalam, Mohd Bakke menafikan khabar angin di media sosial bahawa dia mengeluarkan kenyataan kepada PAC bahawa wang RM2.6 bilion kononnya daripada syarikat 1MDB.

Beliau juga dikatakan tidak pernah menyebut atau melafaz mengenai perkara itu semasa memberi keterangan kepada PAC dalam siasatan jawatankuasa tersebut terhadap 1MDB.

Tiada ulasan: