Ahad, 7 Februari 2016

Hanya Najib hero sekolah Tamil

 
Jumlah sekolah Tamil bertambah sejak Najib ambil alih pucuk kepimpinan, infrastukturnya juga lebih baik, semuanya melibatkan dana hampir RM800 juta.
 
 
 
tamil



Tahun lalu apabila ada Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri tampil dengan kenyataan negatif tentang sekolah vernakular, yakni sekolah Tamil dan Cina, semua orang buat bising.

Ada yang bising menyokong, ada bising membantah kenyataan itu. Ada juga yang cuba jadi hero, memperjuangkan isu itu. Tetapi ia mungkin isu yang sengaja diapi-apikan sehingga menimbulkan kegusaran, tetapi sebenarnya legasi sekolah vernakular tetap diteruskan sebagai sebahagian daripada warisan pendidikan negara.

Isu sekolah ini lebih luas daripada sekadar isu pendidikan, ia isu politik. Malah, saya pernah membaca dalam satu buku berkaitan falsafah bahawa: pendidikan adalah perkara yang paling berbaloi untuk dipolitikkan. Entah betul atau tidak, tapi kadang-kala terasa seperti logik.

Kembali kepada sekolah vernakular, sebagai seorang berbangsa India, saya lebih cenderung dengan sekolah Tamil, dan pada waktu itu sememangnya semua menteri sebangsa saya, tidak mahu ‘give up’ dalam isu ini.

Semua menteri dan orang kiri serta kanan parti politik, khususnya MIC tampil dengan kenyataan mereka sendiri, menyokong, berjanji, memberi jaminan dan bersumpah untuk memastikan kelangsungan sekolah Tamil.

Tetapi daripada semua yang bersuara, siapa hero ebenar dalam isu ini?

Presiden MIC Datuk Seri S.Subramaniam?

Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P.Kamalanathan?

Ahli-ahli lain dalam MIC? Mungkin daripada parti lain selain MIC???

Satu fakta yang tidak dapat dinafikan oleh sesiapa, satu kebenaran yang tidak boleh disembunyikan walau apapun paksi politik pilihan kita, apabila ia berkenaan sekolah Tamil, hero sebenar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak!

Saya ketepikan dulu isu-isu lain berkaitan sekolah Tamil atau sekolah vernakular, hari ini, isu saya ialah Hero Sekolah Tamil, Najib!

Kelmarin, (5 Feb) nama Najib disambut-sambut, terus berkumandang di corong radio Minnal.fm (saluran Tamil RTM) dan disiarkan dalam akhbar-akhbar Tamil dengan special mention, semuanya bersempena dengan perasmian Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Paya Besar, Lunas di Kedah.

Kelmarin hari bersejarah bagi kaum India Malaysia kerana selepas sekian lama, jumlah sekolah Tamil di Malaysia meningkat. Kini kita ada 524 buah sekolah Tamil dan angka dijangka meningkat kepada 530 dalam masa akan datang ekoran beberapa lagi projek pembinaan sedang giat dijalankan.

Kalau zaman-zaman Tun Mahathir dulu, kita lihat perkembangan pendidikan yang drastik namun nasib sekolah Tamil pula sebaliknya. Jumlah sekolah Tamil menurun mendadak dari 589 buah pada 1980 kepada 523 buah pada 2000, dari segi taraf pendidikan ia jauh ketinggalan. Zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi pula tiada banyak bezanya, kekangan kewangan selalu menjadi isu. Tetapi kini, lain ceritanya.

Menurut laporan berita, sejak Najib ambil alih pucuk kepimpinan Barisan Nasional (BN), beliau telah meluluskan peruntukan sebanyak RM760 juta untuk pembangunan sekolah Tamil menerusi dana khas kepada komuniti India.

Ini mewajarkan diri beliau disambut oleh komuniti India dan merekodkan namanya sebagai pencetus reformasi sistem pendidikan sekolah Tamil. Bagi saya, walaupun ia sebahagian daripada tugasnya, tetapi apa yang dilakukan itu perlu dihargai.

Beliau meluluskan pembinaan enam lagi sekolah Tamil di seluruh negara dan semua ini dilakukan dengan menubuhkan satu jawatankuasa khas kaum India yang bertujuan mentransformasi kedudukan sosial komuniti India.

Jadi, apa lagi kaum India mahu?

Tiada ulasan: