Selasa, 9 Februari 2016

Ahmad Bashah perlu perkasakan KFA

Ahmad Bashah Md Hanipah
Ahmad Bashah Md Hanipah


SHAH ALAM - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah perlu terus memperkasakan persatuan bola sepak Kedah (KFA), sepertimana yang dilakukan oleh menteri besar terdahulu.

Penganalisis politik Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata, langkah tersebut mampu meraih sokongan belia dan anak muda terhadapnya.

Menurut pendapat Sivamurugan lagi, langkah tersebut juga dilihat sebagai satu usaha meneruskan agenda kesejahteraan yang dibawa Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

“Ahmad Bashah perlu teruskan agenda kesejahteraan yang dibawa oleh Mukhriz dan dalam masa yang sama, beliau perlu ambil langkah tumpukan kepada agenda perpaduan parti.

“Sukan bola sepak adalah salah satu kekuatan pimpinan Mukhriz di Kedah pada suatu masa dahulu, ia wajar diperkasa dan ditambah baik demi kepentingan bersama,” katanya kepada Sinar Online.

Dalam pada itu, Ahmad Bashah juga perlu memainkan peranan dan tanggungjawab dalam memantapkan jentera parti di negeri tersebut.

“Pelbagai aspek perlu diambil kira oleh Ahmad Bashah demi memperkukuh kedudukan sebagai menteri besar dan juga parti di negeri Kedah.

“Antaranya adalah dari segi aspek pembangunan, pendidikan, pertanian dan perancangan bandar,” katanya lagi.

Tiada ulasan: