Polis buru geng 04, 08, 36 Gambar ahli geng 04, 08 dan 36 yang diburu polis.


 
GEORGETOWN - Polis memperhebatkan usaha memburu 26 samseng dari Geng 04, 08 dan 36 yang dipercayai aktif terlibat pergaduhan berkumpulan di negeri ini.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, mereka berusia antara 22 hingga 36 tahun sedang diburu untuk membantu siasatan kes jenayah kekerasan.

Beliau berkata, ia membabitkan pergaduhan antara kumpulan samseng yang bermotifkan balas dendam seperti kes pergaduhan antara dua geng di sebuah restoran dekat Tanjung Tokong baru-baru ini.

"Mereka yang diburu dipercayai selalu melakukan jenayah kekerasan di Pulau Pinang dan masing-masing mempunyai rekod kesalahan lampau bawah kesalahan 'Indian Thug Geng'," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Sehubungan itu, orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai samseng terbabit diminta menyalurkan maklumat untuk membantu polis menyelesaikan siasatan.