Jumaat, 10 April 2015

Twitter gamat kes MP tidur dalam Dewan

MALAYSIAKINI


 


Gambar para MP melelapkan mata semasa perbahasan ke atas pindaan Akta Hasutan di Parlimen yang tersebar di media sosial hari ini mencetus pertelingkahan di kalangan ahli politik terbabit.

Gambar berkenaan antara lainnya menunjukkan gambar MP Serdang, Ong Kiang Ming, yang disebarkan oleh ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang.

"Seorang MP DAP di Parlimen... Siapa mahu bantal?,” tulisnya di Twitter.

Beliau mengkritik MP pembangkang kerana cuba melelapkan mata semasa persidangan berlangsung.

“Tengok bagaimana orang DAP cuba beri alasan bahawa MP mereka perlu tidur di Parlimen...

“Mereka sentiasa betul. Tidur semasa bertugas juga betul.

"30 peratus daripada MP Pakatan Rakyat tidak hari Parlimen hari itu. Bila mereka hadir, mereka tidur semasa bertugas.

“Bolehkah MP Pakatan lebih bertanggungjawab?,” soal Tan lagi.

Sebagai balasan, MP Tanjong, Ng Wei Aik pula menyebarkan gambar MP Gerakan, Liang Teck Meng yang turut melelapkan mata dalam Dewan.

"Ketawakan Gerakan... Cari makan?,” katanya dalam tulisan bersama gambar MP Simpang Renggam itu.

Para pengguna Twitter lain pula memberikan reaksi berbeza, dan ada yang mempertahankan MP terbabit yang perlu bersidang selama 14 jam.

Tidak kurang juga yang mengkritik MP terbabit kerana tidak menjalankan tanggungjawab mereka.

Ada pula yang membangkitkan semula kritikan pembangkang ke atas perdana menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

"Pada satu masa mereka kritik Pak Lah kerana tidur semasa persidangan. Tengoklah mereka sekarang,” kata Suffian Kassim.

Persidangan Dewan Rakyat berakhir pada dini hari hari ini selepas perbahasan selama 12 jam ke atas pindaan Rang Undang-undang (Pindaan) Akta Hasutan.

Ia diluluskan pada jam 2.30 pagi. Persidangan bagaimanapun diteruskan sehingga jam 4.30 pagi.

Ini merupakan kali ketika perisangan parlimen berlarutan sehingga selepas tengah malam.


Tiada ulasan: