Rabu, 22 April 2015

Murid sekolah dilatih sokong GST

Klip video mendedahkan seorang guru melatih kanak-kanak dipercayai di sebuah sekolah rendah untuk melaungkan 'Kami Sokong GST.'



VIDEO INSIDE
GST-anak-sekolah



PETALING JAYA: Satu klip video menjadi viral apabila ia didapati menggunakan kanak-kanak sekolah untuk menyokong Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Rakaman video yang berdurasi hanya 17 saat itu menunjukkan kanak-kanak itu diajar dan disuruh melaungkan ‘Kami Sokong GST’.

Sekumpulan kanak-kanak itu kemungkinan sedang berkumpul dalam sesi perhimpunan di sebuah sekolah rendah.

Bagaimanapun, tidak diketahui lokasi dan nama sekolah tersebut.

Sorang guru meminta kumpulan kanak-kanak melaungkan “Kami sokong GST” sebanyak dua kali dan diakhiri dengan ucapan “terima kasih kanak-kanak” oleh guru yang sama.

Klip video itu dimuatnaik di akaun Facebook Rintihan Rakyat pada 17 April dan sedang menjadi bahan bualan kerana melibatkan kanak-kanak sekolah rendah dan guru sekolah.

Perbuatan guru sekolah rendah ini menepati peribahasa Melayu ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’.

Tiada ulasan: