Kenaikan Pangkat Kakitangan Awam Naik Angkara Bodek, Kipas dan Bodek Bos dan Ketua Jabatan? Benarkah Ia Berlaku? : Sekarang jumlah kakitangan awam di Malaysia terus bertambah dan melonjak tinggi kepada angka 1.6 juta orang.
Melihatkan lambakan penjawat awam dalam
sektor awam menimbulkan persaingan yang cukup hebat dikalangan
kakitangan awam bagi bersaing untuk naik satu tangga ke tangga yang lain
sehingga timbul persepsi ada penjawat awam yang dapat keistimewaan
kenaikan pangkat dengan “lebih mudah” dek kerana hubungan baik dengan
bos sendiri.
BACA BERITA INI : Beban Tugas Guru Sekolah Masa Kini Makin Bertambah (10 Jam Sehari), Kenaikan Pangkat Tidak Adil, Kemudahan Sangat Terhad!
Ini berdasarkan rekod untuk dapat kenaikan pangkat perlu melepasi beberapa kriteria termausklah :
- Prestasi dan pencapaian kerja
- perakuan ketua jabatan
- kekosongan
Jawapan Shahidan Kassim : Isu Kenaikan Pangkat Kakitangan Awam?
Nah…di sini letakkan “loophole” yang
terus bersarang dalam sektor. Adakah ini berlaku. Berita Semasa boleh
katakan ya walaupun menteri di jabatan Perdana Menteri Datuk Shahidan
kassim menafikan dakwaan itu ketika menjawab soalan di Dewan Negara
baru-baru ini menganai isu kenaikan pangkat kakitangan awam yang tidak
telus. Tetapi tidak semuanya begitu.
“it’s just human nature. Kenapa mahu deny?
P/S : Bukan sahaja kaki bodek dan kaki
kipas dis ektor awam harus dibanteras, sektor awam perlukan ketua
jabatan yang dahagakan kakitangan awam aka anak buah yang cerdik dan
pandai buat kerja bukannya ketua jabatan yang suka “orang ikut cakap dia
sahaja”. Ha…yang ini bahaya.
PP/S : Anda ada pengalaman bekerja dan
berhadapan dengan bos dan ketua jabatan yang “suka kena kipas”? Rakan
sekerja yang kaki bodek? Kongsikn pengalaman anda bersama di sini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan