Rabu, 8 April 2015

Kemana RM3.8 bilion pelaburan SRC International, anak syarikat 1MDB?

Tony Pua

Roketkini.com


PETALING JAYA: Pelaburan SRC International dalam syarikat arang Gobi Coal & Energy Limited di Mongolia disyaki merupakan salah guna dana awam, kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua.

Ini kerana pegangan SRC International, dengan wang yang dipinjam dari Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP) itu berjumlah kurang daripada RM49.6 juta (USD 134 juta).

Tony merujuk fakta didedahkan Sarawak Report yang mengesan Origo Partners PLC, salah satu pelabur dalam syarikat arang batu itu.

Menurut Pengarah Origo Partners, Niklas Ponnert, syarikatnya memiliki saham terbesar dalam Gobi Coal & Energy.

“Dalam laporan audit terakhir oleh Ernst & Young pada 30 Jun 2014 menunjukkan, pelaburan Origo di Gobi Coal & Energy berjumlah 14 peratus, atau bernilai USD 13.4 juta.

“Ini bermakna jumlah nilai syarikat itu (Gobi Coal & Energy) hanya RM 354 juta sahaja (USD 95.7 juta),” kata Tony.

Pengarah Origo menyatakan, syarikat pelaburannya yang tersenarai di bursa saham London itu adalah pemegang saham terbesar di Gobi Coal & Energy.

Ini membuktikan pegangan saham 1MDB tidak melebihi 14 peratus, bukannya 50 peratus seperti dinyatakan Menteri Kewangan dalam jawapan di Parlimen.

Tambah Tony, pendedahan itu menunjukkan Najib berbohong sekali lagi apabila mengatakan SRC International mempunyai keuntungan 50 peratus dari Gobi Coal.

“Ini bermakna pegangan pelaburan SRC International di Gobi Coal & Energy kurang daripada RM49.6 juta (USD 134 juta).

“Dengan RM49.6 juta, ia adalah sangat kecil atau 1.3 peratus daripada RM3.81 bilion yang dikatakan ‘portfolio pelaburan di luar Malaysia’ dikendali SRC International,” ujar Tony.

Sehubungan pendedahan itu, beliau mempersoalkan ke mana hilangnya keseluruhan dana awam yang dipinjam dari KWAP melalui jaminan Kerajaan Persekutuan.

“Soalan yang timbul ialah, kemana seluruh dana RM3.81 bilion, apabila Gobi Coal & Energy sepatutnya menjadi pelaburan terpenting dan terbesar?

“Mengapa Menteri Kewangan sekali lagi berbohong di Parlimen? soal Tony. – Roketkini.com


Tiada ulasan: