Siasatan masih dijalankan di lokasi kejadian oleh Unit Forensik. Foto Sinar Harian oleh ROSDALILAH ZAHARI Siasatan masih dijalankan di lokasi kejadian oleh Unit Forensik. Foto Sinar Harian oleh ROSDALILAH ZAHARI
 
 
IPOH - [DIKEMASKINI] Seorang wanita maut selepas dipercayai dikelar dalam kejadian samun yang berlaku di Taman Tanjung Mas,di sini, awal pagi tadi.

Difahamkan, mangsa yang juga isteri kepada seorang anggota polis ditemui meninggal dunia oleh anak lelakinya yang baru pulang dari meniaga kira-kira jam 3 pagi.

Mayat mangsa yang berusia lebih kurang 51 tahun itu dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, difahamkan ketiga-tiga suspek kes bunuh di Taman Tanjung Mas, awal pagi tadi berjaya ditahan polis hanya dalam tempoh 2 jam selepas kejadian itu berlaku.

Seorang daripada suspek berusia 19 tahun ditahan di kawasan perumahan berkenaan memandangkan dia tinggal sebaris dengan rumah mangsa.

Manakala, dua lagi suspek masing-masing berusia 15 dan 16 tahun ditahan di Bercham.