Isnin, 2 Februari 2015

Thaipusam: 1.5 juta dijangka guna lebuh raya PLUS hari ini, esok

ANTARAPOS.COM

Post Pic
  



KUALA LUMPUR: Lebuhraya Utara-Selatan dari arah utara menghala ke ibu kota dijangka mengalami kesesakan sempena sambutan Thaipusam esok.

Timbalan Pengurus Kanan Jabatan Komunikasi Korporat PLUS Malaysia Berhad, Iskandar Zulkifli, berkata kira-kira 1.5 juta pengguna dijangka menggunakan laluan itu hari ini dan esok.

"Pengguna jalan raya boleh merancang jadual perjalanan dan mendapatkan maklumat terkini melalui talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata keadaan trafik di lebuh raya bertol di sekitar Lembah Klang, Kuala Lumpur-Karak dan Lebuhraya Pantai-Timur masih lancar dan terkawal hari ini.

Ketua Polis Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, antara laluan yang ditutup sempena Thaipusam esok ialah Jalan Perusahaan, Bulatan Batu Caves dari arah Selayang dan Jalan Lingkaran Tengah Dua susur masuk ke Batu Caves.

Beliau berkata keadaan trafik di kawasan berkenaan masih terkawal setakat ini. 

Tiada ulasan: