Apa yang penting buat masa ini, kita bagi sokongan yang tidak berbelah bahagi terhadap anggota Parlimen Permatang Pauh itu.
PETALING JAYA: Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata pakatan pembangkang tidak perlu tergesa-gesa mencari calon ketua pembangkang bagi menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini menjalani hukuman penjara lima tahun setelah disabit kesalahan meliwat.
“Apa yang penting buat masa ini, kita bagi sokongan yang tidak berbelah bahagi terhadap anggota Parlimen Permatang Pauh itu yang kini ditahan di Penjara Sungai Buloh.
“Seperti yang saya katakan semalam, kita tidak perlu tergesa-gesa kerana masih ada 14 hari lagi (Anwar hilang kelayakan sebagai ketua pembangkang dan anggota Parlimen selepas habis tempoh 14 hari daripada tarikh berkuat kuasa sesuatu penghakiman atau hukuman mahkamah terhadapnya),” katanya pada sidang akhbar di Georgetown, Pulau Pinang, hari ini.
Bagaimanapun, Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, perkara itu akan menjadi antara isu yang bakal dibincangkan pada mesyuarat majlis kepimpinan pakatan pembangkang di Kuala Lumpur, Jumaat, lapor mStar Online.
Pada 10 Feb lepas, Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Anwar dan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara lima tahun dihadapinya bagi kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 26 Jun, 2008.
Anwar kini ditahan di Penjara Sungai Buloh, Selangor.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan