Selasa, 10 Februari 2015

Shafee tetap tak puas hati

MALAYSIAKINI


 


Peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata beliau tidak berasa “puas hati” walau keputusan Mahkamah Persekutuan yang menyabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Katanya, beliau melihat bahawa pengadu dalam kes Liwat II, Saiful Bukhari Azlan kini menderita kerana “kehidupannya hancur musnah”.

"Saya tahu bahawa keadilan sudahpun ditunaikan, maka secara profesional, saya puas hati dengan keputusan hari ini.

"Namun ia tidak memuaskan hati saya – kehidupan seorang anak muda kini hancur...,” katanya.

Saiful mengadu diliwat oleh bekas timbalan perdana menteri itu pada tahun 2008.

Shafee juga menuduh bahawa tindak tanduk Anwar menjejaskan reputasi negara ketika kes tersebut berlangsung sepanjang tujuh tahun lalu.

Tiada ulasan: