Isnin, 9 Februari 2015

Sepahtu Umum Tidak Bertanding MLM Musim Depan

RAKYATNEWS


 


Sepahtu telah membuat kejutan kepada para peminat mereka apabila mengumumkan untuk tidak bertanding di pentas Maharaja Lawak Mega musim akan datang.

Kumpulan yang terdiri dari Jep dan Shuib mengambil keputusan tersebut apabila mengakui agak letih menyertai pentas Maharaja Lawak Mega 2 musim berturut-turut.

Mereka juga ingin membuka laluan kepada pendatang baharu dalam dunia komedi untuk merasakan sendiri pengalaman dalam pertandingan berprestij itu.

Sepahtu menjuarai MLM2013 apabila menewaskan Shiro pada musim lalau dan menduduki tempat kedua, tewas kepada kumpulan Zero pada musim kali ini.

Sebelum ini, Nabil mengumumkan telah bersara dari arena pentas Maharaja Lawak Mega.

Tiada ulasan: