Selasa, 3 Februari 2015

Saya sedia tanding Presiden – Saravanan

 
MIC mempunyai 3,700 cawangan dan 1,500 daripadanya menyokong beliau pada pemilihan semula.


M Saravanan


BATU CAVES: Naib Presiden MIC, Datuk M Saravanan memberi gambaran bahawa beliau bersedia bertanding merebut Presiden parti dalam pemilihan semula yang akan diadakan nanti.

“Buat masa ini saya masih belum fikirkan lagi tentang perkara tersebut. mungkin saya dapat restu dari Tuhan hari ini dan Tuhan kata teruskan (bertanding),” katanya kepada pemberita semasa menghadiri sambutan Thaipusam di Batu Caves.

Jelasnya, memandangkan pemilihan semula akan dilakukan semula beliau mungkin akan bertanding sebagai Presiden jika mendapat sokongan ahli MIC.

“Saya juga akan bincang dengan penyokong sama ada bertanding Timbalan (Presiden) atau Presiden kalau penyokong minta saya bertanding sebagai Presiden saya akan bertanding,” ujarnya.

Saravanan mendakwa, MIC mempunyai 3,700 cawangan dan 1,500 daripadanya menyokong beliau pada pemilihan semula MIC.

Tambahnya, beliau yakin mendapat sokongan lebih daripada 2,000 cawangan untuk meyakinkan dirinya merebut jawatan Presiden.

Pada masa sama, turut hadir memeriahkan lagi sambutan Thaipusam ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersama isteri dan kehadiran meraka disambut ribuan masyarakat India yang hadir.

Tiada ulasan: