Selasa, 3 Februari 2015

Rai Zunar sebagai produk terbaik M'sia'

MALAYSIAKINI



 
 
 
Satu rangkaian kartunis global menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak supaya menghargai kartunis politik Zunar sebagai produk terbaik Malaysia, dan bukannya menyekat kebebasannya bersuara.

Dalam sepucuk surat kepada Najib yang bertarikh 31 Januari, CRNI (Cartoonists Rights Network International) berkata, daripada membuat serbuan minggu lalu dan penganiayaan lain terhadap Zunar, hasil karyanya yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, sepatutnya diraikan.

CRNI membantah keras layanan seumpama itu terhadap Zunar yang disifatkannya sebagai "seorang anak penting kelahiran Malaysia".

Sebaliknya, kata CRNI, Zunar sepatutnya dihargai oleh kerajaan sebagai satu contoh rakyat Malaysia yang terbaik dan pintar.

Berikutan itu, Pengarah Eksekutif CRNI, Robert Russell menyeru jasabaik perdana menteri dalam memastikan hak kebebasan Zunar untuk bersuara seperti yang diperuntukkan kepadanya di bawah Perlembagaan Malaysia.

Beliau berkata "puluhan ribu wartawan, pekerja hak asasi manusia dan peminat setia" mengikuti kartun dan tindakan yang diambil terhadap Zunar oleh pihak berkuasa.

CRNI yang berpejabat di Amerika Syarikat, yang memperjuangkan kebebasan bersuara untuk kartunis, telah mengikuti kes Zunar selama tiga tahun, katanya.

Buku kartun Zunar berulang kali diharamkan dan beliau telah ditangkap pada tahun 2010, pada hari yang sama dia dijadual melancarkan karyanya di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor.

Dia dibawa ke enam balai polis sebelum ditahan semalaman di lokap balai polis Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, kira-kira 60 km dari tempat dia ditangkap.

zunar arrested under sedition act 240910 01Russell berkata penganiayaan terhadap Zunar melanggar Artikel 19 Deklarasi Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Hak Asasi Manusia yang turut ditandatangani oleh kerajaan Malaysia, yang menjamin kebebasan bersuara tanpa takut kepada tindakan undang-undang.

Pada 28 Januari lalu, polis menyerbu pejabat Zunar sebagai sebahagian siasatan di bawah Akta Hasutan 1948.

Tiada ulasan: