Rabu, 11 Februari 2015

PKR anjur perhimpunan di Penjara Sungai Buloh

Oleh Nur Shakira Buang
Post Pic
 
 
PETALING JAYA: PKR akan memfailkan usul di Parlimen untuk mengkritik perilaku hakim-hakim Mahkamah Persekutuan di dalam kes liwat II yang bertindak memenjarakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini, kata isterinya.
 
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga presiden PKR turut menjemput orang ramai untuk menyertai perhimpunan solidariti (vigil) di luar penjara Sungai Buloh setiap malam, mulai esok selepas waktu Isyak.
  
Katanya, PKR juga akan mengatur solat hajat pada setiap hari Khamis malam Jumaat bagi seluruh cabang parti itu. 
 
"PKR akan memfailkan usul di Parlimen untuk mengkritik perilaku hakim-hakim Mahkamah Persekutuan di dalam kes liwat II yang bertindak memenjarakan  Datuk Seri Anwar Ibrahim.
 
"PKR juga akan menggalakkan orang ramai untuk menyertai perhimpunan solidariti (vigil) di luar penjara Sg Buloh setiap hari bermula malam esok selepas waktu Isyak.
  
"Serta akan mengatur solat hajat pada setiap hari Khamis malam Jumaat bagi seluruh cabang parti itu," katanya dalam sidang media malam ini selepas Mahkamah Persekutuan memutuskan Anwar bersalah dan menjalani hukuman penjara lima tahun.
 
Katanya, ini kerana parti itu mengecam sekeras-kerasnya segala keputusan yang dikenakan terhadap ahli Parlimen Permatang Pauh itu.
 
"PKR mengecam sekeras-kerasnya penghakiman kes Fitnah 2 hari ini kerana mendakwa ia adalah satu konspirasi politik yang bertujuan untuk melemahkan kebangkitan rakyat yang semakin hari semakin mengancam kedudukan Umno-BN.
 
"Dapatan mahkamah (court finding) bahawa Saiful Bukhari Azlan adalah seorang saksi yang berwibawa jelas bertentangan dan tidak konsisten dengan kesemua bukti yang dibentang dan di hujah pihak pembelaan," ujarnya.
 
Menurut Azizah, PKR istiqomah dan komited untuk tidak mensia-siakan suaminya. 
 
"Kita tidak akan menyerah kalah ," tegasnya lagi.

Tiada ulasan: