MALAYSIAKINI
Suram. muram. gelap.
Itulah perkataan yang terlintas dalam pemikiran penulis sewaktu tiba di
kediaman rasmi Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Segambut
malam tadi.
Meskipun dimaklumkan bahawa keluarga Anwar dan penyokongnya berada di
ibu pejabat PKR atau di Dewan Sivik MBPJ, gelap gelita dan kesunyian di
kawasan sekeliling rumahnya membuatkan hati saya tidak selesa.
Lantas saya mengambil kesempatan untuk berbual-bual dengan kakitangan rumahnya di pondok pengawal.
Ditanya mengenai perasaan berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan yang
mensabitkan Anwar bersalah meliwat bekas pembantunya, lelaki itu
menjawab ia tidak menjejaskan kerjanya.
“Mestilah saya sedih, saya sudah 32 tahun kerja dengan dia (Anwar),” kata Abdullah Sani, 55, kepada Malaysiakini.
"Pernah tidur sama-sama, tak ada apa-apa yang jadi.
“Dan saya lebih kacak dari Saiful," kata bapa kepada tujuh anak itu dengan berseloroh.
Beliau juga berkata Mohd Saiful Bukhari Azlan, pengadu kes itu, bukan
pembantu Anwar tetapi hanya rakan kepada seorang lagi bekas pegawai
Anwar.
“Dia hanya rakan kepada bekas pegawai Anwar, Rahimi Osman. Dia ikut
Rahimi ke mana-mana dan sentiasa ambil kesempatan untuk dilihat
“merapati" dengan Anwar,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan