MALAYSIAKINI
Sebanyak 165 bahagian Pemuda MCA berpadu suara menuntut Menteri
Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri memohon maaf
atas kenyataan yang menggesa pengguna memboikot peniaga Cina.
Kumpulan berkenaan bagaimanapun tidak meletakkan sebarang syarat dan
hanya mahu Ismail membuat permohonan maaf "secepat mungkin".
Ditanya mengenai langkah seterusnya jika Ismail tidak memenuhi tuntutan
itu, kumpulan itu berkata mereka tidak mahu membuat sebarang “andaian”.
Kalangan pemimpin bahagian Pemuda MCA itu juga menganggap MP Bera itu tidak layak menjadi anggota kabinet.
Satu kenyataan ketua pergerakan itu, Chong Sin Woon menyebut, Pemuda MCA
berpendapat bahawa Ismail tidak layak menjadi menteri kabinet.
"Kami menyokong pendirian Chong sebagai pendirian MCA, dan kami angota Pemuda MCA, berdiri teguh dengannya dalam isu ini.
"Kami menggesa Ismail untuk menarik balik kenyataannya dan memohon maaf
secara terbuka sebalikya tindakan beliau terus mempertahan teori yang
tak logik itu, menambahkan lagi garam ke atas luka yang berdarah,"
katanya dalam kenyataan yang dibacakan Setiausaha Agung Pemuda MCA Leong
Kim Soon.
Susulan penjelasan Ismail kepada Kabinet semalam, Pejabat Perdana
Menteri mengeluarkan penjelasan bahawa kenyataan kontroversi menteri
tersebut di dalam Facebook merujuk kepada semua peniaga dan tidak hanya
kepada kaum Cina.
Ismail juga enggan memohon maaf dan menganggap kritikan ke atas kenyataannya itu bersifat remeh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan