Oleh Azuan Ab Rahman
KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar menggesa anggota PAS dan penyokong Pakatan Rakyat sama-sama berhimpun di hadapan Kompleks Istana Kehakiman di Putrajaya Selasa ini untuk bersolidariti kepada Saudara Anwar Ibrahim.
“Saya akan hadir, saya seru ahli PAS dan penyokong Pakatan Rakyat untuk sama-sama hadir bagi memberi sokongan kepada beliau pada 10 Febuari ini,” katanya ketika dihubungi.
Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, kes Fitnah II yang dikenakan terhadap Ketua Umum KEADILAN itu tidak mempunyai merit dan seharusnya tidak perlu dibicarakan di mahkamah sejak awal.
“Pendakwaan ini tidak wajar. Cukup jelas ia suatu yang tidak ada merit untuk didakwa. Laporan perubatan jelas membuktikannya,” kata beliau.
Malah menurut Ketua Whip PAS di Parlimen ini, jika mahkamah memutuskan untuk memenjarakan Anwar, ia akan menambahkan lagi krisis ketidakpercayaan rakyat terhadap institusi kehakiman negara.
“Saya penuh yakin Anwar akan dibebaskan, kes ini tiada merit dan hakim yang berfikiran waras sudah tentu akan menolak kes ini,” kata Mahfuz.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan