Mohamad Sabu Mohamad Sabu
 
 
KUALA LUMPUR - Dua pemimpin tertinggi Pas yang dikaitkan sebagai dalang bagi menjatuhkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengelak daripada menjawab mengenai dakwaan tersebut.

Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang ditemui selepas Mesyuarat Pimpinan PR hari ini hanya menjawab tiada komen ketika diajukan soalan mengenai konspirasi itu.

Manakala, Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa pula turut mengelak daripada ditemubual media.

Kedua-dua mereka merupakan antara nama yang didakwa oleh Ketua Pemuda Pas Kuantan, Noorzazilafadli Ibrahim mendalangi komplot bagi menguasai Pas Pusat serta menjatuhkan Abdul Hadi.

Sementara itu, Naib Presiden Pas, Salahudin Ayub berkata, mesyuarat Pas Pusat yang turut berlangsung semalam tidak membincangkan mengenai dakwaan komplot tersebut.

"Kita tidak pernah bincang secara rasmi mengenainya. Tidak ada siapa dalam kalangan pimpinan tertinggi nak jatuhkan Presiden," katanya.