Gambar hiasan. Gambar hiasan.
 
 
KOTA BHARU - Orang ramai cemas selepas dikejutkan dengan bunyi tembakan berhampiran Restoren Hayaki di Jalan Kebun Sultan di sini, pagi tadi.

Dipercayai dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu suspek yang menaiki kereta jenis Perodua Alza melepaskan tembakan ke arah kereta pemilik restoran berkenaan.

Walau bagaimanapun tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu.

Saksi kejadian yang juga merupakan pekerja kedai terbabit, Mohd Nazrul Shamri Mohd Rafiq berkata, semasa sedang memasak di dapur, dia melihat ada sekumpulan lelaki berkumpul di belakang kedai.

"Salah seorang dari kumpulan itu angkat pistol dan disebabkan itu ada yang lari bertempiaran.

"Saya dengar bunyi tiga das tembakan dilepaskan dan  kesemua yang berkumpul masing-masing menaiki kereta dan meninggalkan lokasi kejadian,"katanya.