Dari dua, kiri: Ismail, Pengerusi AIM, Zawahir Abdullah; Noh Salleh dan Mizz Nina bergambar bersama sukarelawan kempen, semalam.
KUALA LUMPUR - Masyarakat Malaysia khususnya golongan belia digesa
menghindarkan diri daripada menyambut Hari Kekasih pada 14 Februari ini
kerana ia jelas bertentangan dengan akidah Islam.
Penolong Pengarah Media Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Ismail Noor berkata, bagi memberi kesedaran mengenai perkara itu, Jakim bersama pertubuhan Islamic Aid Malaysia (AIM) dan sukarelawan Malaysian On Covering Aurah (Moca) menjalankan kempen Cantik di Mata bersama selebriti Mizz Nina dan Noh Salleh.
“Kempen ini bertujuan beri kesedaran kepada masyarakat khususnya orang muda mengenai larangan menyambut Hari Kekasih dan kepentingan menutup aurat mengikut syariat Islam.
“Ia juga untuk memberi pendedahan kepada orang bukan Islam tentang kelebihan menutup aurat serta cara menutup aurat yang betul bagi wanita dan lelaki,” katanya pada sidang media pengenalan kempen itu di sini, semalam.
Menurut Ismail, kempen itu akan diadakan bermula 4 hingga 14 Februari secara serentak di 14 negeri yang akan dijayakan sukarelawan AIM dan Moca.
“Ia juga melibatkan aktiviti dakwah jalanan dengan pengagihan risalah dan barangan secara percuma kepada orang ramai.
“Kempen turut menggunakan pendekatan melalui media sosial dengan menggalakkan orang ramai untuk menghantar gambar selfie atau wefie (berkumpulan) dalam keadaan menutup aurat berserta mesej yang ingin disampaikan melalui hashtag #iam4humanity sebagai tanda sokongan,” katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan