Mohd
Najib menunjukkan laporan polis berserta gambar kakak iparnya, Juwita
yang dicari bagi membantu urusan pengambilan anak angkat.
KEPALA BATAS - Seorang pemuda bersama isterinya ingin mencari waris
kepada seorang kanak-kanak yang ingin diambil mereka sebagai anak angkat
di Kepala Batas, semalam.Mohd Najib Mokhtar, 26, berkata, kanak-kanak itu merupakan anak saudaranya yang ditinggalkan oleh ibu kandung ketika berusia satu tahun.
“Mohamad Aidil Shahrizal merupakan anak kepada abang dan kakak ipar saya, namun pada sijil kelahiran Mohamad Aidil tidak tertera nama abang saya disebabkan anak saudara saya ini lahir ketika mereka masih belum bernikah.
“Kami telah merujuk perkara ini kepada pihak Jabatan Pendaftaran untuk proses pengambilan anak angkat, namun disebabkan nama abang saya tidak tertera dalam sijil lahir kanak kanak ini, urusan ini rumit dan memerlukan kakak ipar saya iaitu Juwita Intan Sari datang sendiri untuk memudahkan urusan ini,” katanya kepada Sinar Harian.
Katanya, disebabkan perkara ini, anak saudaranya itu yang berada dalam tahun tiga namun kini tidak dapat bersekolah.
“Saya memohon agar kakak ipar saya pulang dan membantu kami menguruskan urusan pengambilan anak angkat ini.
“Saya cuma mahukan masa depan Mohamad Aidil lebih terjamin,” katanya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan