MALAYSIAKINI
Pengulas sukan terkenal tanah air Datuk Hasbullah Awang meninggal dunia hari ini akibat sakit jantung.
Hasbullah, 63, menghembuskan nafas terakhir pada jam 12.17 tengahari di Institut Jantung Negara (IJN).
Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan empat cahaya mata.
Seorang anak saudara Allahyarham ketika ditemui di IJN berkata, bapa saudarannya itu merupakan seorang penyanyang dan periang.
"Suara beliau mengulas sukan akan sentiasa dirindu dan kehilangannya amat dirasai seisi keluarga," katanya.
Jenazahnya akan dikebumikan di Seksyen 32, Jalan Kebun, Shah Alam.
Antara yang hadir untuk menziarah termasuk rakan Allahyarham, Datuk
Rahim Razali, Naib Presiden Persatuan Hoki Malaysia, Datuk Nur Azmi
Ahmad dan sebilangan para atlet negara.
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin ketika mengulas perkembangan
itu berkata, Allahyarham akan diingati oleh pelbagai peringkat umur di
negara ini.
Khairy Jamaluddin ✔
@Khairykj
Follow
Tiada ulasan:
Catat Ulasan