MALAYSIAKINI
Pakatan Rakyat (PR) akan mengadakan Mesyuarat Tertinggi Majlis
Permuafakatan pada Ahad ini, kata Penasihat PKR dan Ketua Pembangkang
Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha
Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng telah
bersetuju untuk hadir pada mesyuarat itu.
Mesyuarat itu diadakan dua hari sebelum keputusan Mahkamah Persekutuan
pada 10 Feb berhubung rayuan Anwar terhadap sabitan dan hukuman penjara
lima tahun atas kesalahan meliwat yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan
tahun lepas.
Dalam ucapan pada ceramah di perkarangan Pejabat Keadilan Kemaman di
Bandar Cukai di Kemaman malam tadi, Anwar berkata mesyuarat itu antara
lain akan membincangkan hala tuju PR sekiranya Mahkamah Persekutuan
menolak rayuannya.
"Terserah kepada kebijaksanaan kawan-kawan apa nak buat selepas ini
kalau apa-apa terjadi (selepas keputusan Mahkamah Persekutuan),"
katanya.
Anwar berkata mesyuarat itu juga akan membincangkan permasalahan
berbangkit yang berlaku antara parti dalam PR iaitu PKR, PAS dan DAP.
- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan