Sabtu, 7 Februari 2015

Guna SMS 'emoji' kena bil RM6,500

MALAYSIAKINI


Seorang pengguna telefon bimbit di United Kingdom terkejut besar apabila menerima bil sehingga £1,200 (RM6,500) selepas menggunakan simbol perasaan atau “emoji” dalam mesej ringkas SMS.

Malah, bukan sahaja Paula Cochrane yang terkejut tetapi kakitangan syarikat telekomunikasi Everything Everywhere (EE) negara itu juga berkongsi perasaan sama.

“Mereka tidak tahu-menahu (bagaimana perkara itu berlaku),” beliau dipetik sebagai berkata oleh The Independent.

Beliau pada mulanya menerima bil £100.92 pada November sebelum mula naik mendadak kepada £449 pada bulan berikutnya.

Selepas menghubungi syarikat pembekal perkhidmatan sekali lagi beliau diberitahu bahawa bayaran itu untuk emoji yang digunakannya.

“Ini seperti pemerasan terang-terang. Muka 'smiley' itu di toolbar telefon – bukan aplikasi atau kena muat turun dahulu,” katanya.

EE memberitahu BBC masalah itu berpunca daripada tetapan telefon bimbitnya oleh pengilang dan bukan masalah rangkaian.

Sementara itu, dilaporkan bahawa berita itu muncul ketika terdapat kajian di Amerika Syarikat yang mendapati pengguna emoji melakukan lebih banyak seks berbanding yang lain.
 

Tiada ulasan: