Khamis, 5 Februari 2015

Exco PP pula tampil perlekeh Ismail Sabri

MALAYSIAKINI


 


Exco muda Pulau Pinang Afif Bahardin kini turut serta memperlekeh menteri pusat Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kerana menyarankan orang Melayu memulaukan peniaga Cina yang enggan menurunkan harga barang.

Afif hari ini menghamburkan gelaran “dangkal dan bodoh” kepada menteri pertanian dan industri asas tani itu.

“Tiada sesiapa memaksa seseorang membeli barang daripada kedai yang mahal atau murah.

“Orang ramai lakukannya atas kehendak sendiri,” kata Afif.

Bercakap dalam sidang media di Seberang Jaya semalam, beliau berkata Ismail gagal memahami perkara yang harus ditangani.

Perkara itu, katanya, menggambarkan kurangnya kawalan kerajaan terhadap harga barang asas seperti beras dan gula.

Beliau membangkitkan kenapa menteri itu membangkitkan isu berkaitan harga di kedai makan mahal ketika ada kebimbangan golongan bawahan terjejas dengan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) April ini.

“Mana dia cadangan menteri untuk tangani kebimbangan oleh kumpulan masyarakat ini?” soal exco kesihatan dan pembangunan luar bandar itu.

Tiada ulasan: