Satu petisyen yang mendesak agar Presidennya, Barack Obama segera campur tangan untuk membebaskan Anwar dari penjara telah mendapat 24,572 sokongan setakat jam 8 malam ini. Satu petisyen yang mendesak agar Presidennya, Barack Obama segera campur tangan untuk membebaskan Anwar dari penjara telah mendapat 24,572 sokongan setakat jam 8 malam ini.
 
 
SHAH ALAM - Laman web petisyen untuk kegunaan rakyat Amerika Syarikat (AS) menjadi platform terbaru penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan bantahan terhadap keputusan mahkamah dan mendesak campur tangan AS untuk membebaskan pemimpin pembangkang itu.

Satu petisyen yang mendesak agar Presidennya, Barack Obama segera campur tangan untuk membebaskan Anwar dari penjara telah mendapat 24,572 sokongan setakat jam 8 malam ini.

“White House mengeluarkan kenyataan, kesal dengan tindakan ke atas Anwar...tapi kenyataan sahaja tidak cukup.

“Kata-kata itu perlu diikuti dengan tindakan. Masa depan demokrasi di Malaysia dipertaruhkan,” antara petikan petisyen itu yang dibuat oleh pemilik akaun bernama J.M.

Selang beberapa jam kemudian, wujud pula satu lagi petisyen yang meminta agar kerajaan AS menghormati kedaulatan perundangan Malaysia.

“Kami rakyat Malaysia terkejut dengan kenyataan White House yang melahirkan kekesalan atas sabitan ke atas Anwar  dan mempersoalkan undang-undang serta keadilan sistem kehakiman di Malaysia.

“AS perlu melihat kepada isu-isu hak asasi manusia mereka sendiri dan berhenti menyeksa tahanan di Guantanamo Bay. Kami rakyat cinta akan keamanan menggesa AS berhenti campur tangan dalam badan kehakiman dan kedaulatan undang-undang Malaysia,” antara petikan petisyen itu.

Setakat berita ini tulis, 623 sokongan telah diberikan terhadap petisyen tersebut.