Anwar yakin akan dibebaskan namun bersedia dengan sebarang kemungkinan.
PETALING JAYA: Hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi nasib Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal diketahui, sama ada beliau dibebaskan atau meringkuk di dalam tirai besi, Ketua Umum PKR itu terus mendakwa dirinya tidak bersalah.
Beliau didakwa meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan.
Jelas Ketua Pembangkang itu, sehingga kini beliau masih lagi menaruh harapan agar segala keputusan yang dibuat pihak mahkamah memihak kepada dirinya.
“Apa sebab nak sumbat saya ke penjara, saya tak salah jangan hantar saya ke penjara.
“Saya masih harapkan keputusan yang waras berdasarkan fakta,” katanya ketika berceramah di Padang Timur malam tadi, kira-kira 3,000 penyokong hadir.
Ceramah tersebut merupakan jelajah terakhir `Kempen Rakyat Hakim Negara’ bagi meraih simpati rakyat sebelum keputusan kes liwat membabitkannya diketahui.
Dalam ucapan tersebut Anwar menyatakan pendiriannya sekali lagi bahawa beliau akan terus berjuang sekalipun disumbat ke dalam penjara.
“Saya bersedia membayar apa-apa sahaja harganya jika inilah harga yang perlu dibayar untuk reformasi Malaysia dan memperjuangkan hak rakyat,” dakwanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan