MALAYSIAKINI
Sekalipun dihukum penjara lima tahun kes kesalahan meliwat, Ketua Umum
PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka muncul di khalayak umum di
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Selasa ini, seminggu selepas dijatuhi
hukuman itu semalam.
Perkara tersebut disahkan oleh peguamnya J Leela kepada Malaysiakini hari ini.
Anwar yang juga bekas timbalan perdana menteri akan dibawa untuk memberi
keterangan dalam saman RM100 jutanya terhadap Menteri Luar Datuk Seri
Anifah Aman.
Selain Leela, ketua pembangkang itu turut diwakili peguam Razlan Hadri Zulkifli.
Anwar diarah memberi keterangan lagi susulan dakwaan Anifah dalam
pembelaannya bahawa beliau (Anifah) ditawarkan RM100 juta untuk memujuk
beberapa anggota parlimen BN dari Sabah untuk melompat menyertai Pakatan
Rakyat dalam isu 16 September 2008.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan