Remaja lelaki ini mengucap dua kalimah syahadah di Kumpulan Media Karangkraf, semalam. Remaja lelaki ini mengucap dua kalimah syahadah di Kumpulan Media Karangkraf, semalam.
 
 
SHAH ALAM - Seorang remaja terbuka hati untuk memeluk Islam selepas hadir mendengar wacana anjuran Sinar Harian bertajuk Cabaran Dakwah di Malaysia, semalam.

Remaja lelaki yang enggan namanya didedahkan itu ditemani ayahnya semasa mengucap dua kalimah syahadah selepas selesai wacana itu yang diadakan di Kumpulan Media Karangkraf.

“Sebelum ini memang saya sudah tergerak hati untuk memeluk Islam, dan selepas saya mendengar wacana ini, saya terus bersetuju untuk mengucap dua kalimah syahadah.

“Apa yang diterangkan dalam wacana ini membuka hati saya untuk memeluk Islam. Inilah masanya bagi saya untuk memilih agama yang betul,” katanya yang mendapat keizinan daripada bapanya untuk memeluk Islam.

Menurutnya, dia sudah mengenali Islam sejak berada di tingkatan satu melalui rakan-rakan beragama Islam.

“Saya mula menyedari keindahan Islam dan tertarik untuk mendekati Islam selepas mendengar mengenainya daripada rakan.

“Saya juga banyak mendapatkan nasihat daripada (Presiden Angkatan Skuad Mubaligh Malaysia), Muhd Zamri Vinoth Abdullah yang banyak menerangkan mengenai Islam kepada saya,” katanya.

Dia berhasrat untuk bersungguh-sungguh mempelajari mengenai Islam selepas ini.