MRSM
SHAH ALAM - Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menegaskan,
perancangan Majlis Amanah Rakyat (Mara) untuk menubuhkan Maktab Rendah
Sains Mara (MRSM) berbayar masih di peringkat kajian.
Unit Komunikasi Korporatnya dalam satu kenyataan berkata, kementerian tersebut merakamkan penghargaan atas keprihatinan dan respons yang diberikan terhadap perkara tersebut.
“Sebagaimana kenyataan Timbalan Menteri (Datuk Alexander Nanta Linggi ) sebelum ini, MRSM berbayar ini masih di peringkat kajian dan ia akan dinilai daripada pelbagai sudut termasuklah aspek sosial sebagaimana yang dibangkitkan oleh pihak berkenaan.
“Matlamat utama penubuhan MRSM sejak lebih empat dekad yang lalu adalah untuk memberikan pendidikan menengah berteraskan sains dan matematik. Kumpulan sasar adalah anak-anak miskin luar bandar dan miskin bandar atau kelompok berpendapatan rendah.
"Pendekatan pendidikan MRSM adalah secara holistik mengutamakan pembangunan nilai dan akhlak selain daripada kecemerlangan akademik,” kata kenyataan itu.
Semalam, Presiden Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat, Datuk Mohamed Sabri Mohd Arsad berkata, perancangan itu dilihat sedikit tersasar daripada objektif sebenar penubuhan MRSM sebagai pusat pendidikan yang mengumpulkan pelajar cemerlang tanpa mengira pangkat dan kedudukan.
Katanya, kewujudan MRSM berbayar juga akan memberi kesan kepada status MRSM sebagai pusat pendidikan terpilih bagi pelajar cemerlang.
[ARTIKEL BERKAITAN: MRSM berbayar akan wujudkan kasta pelajar]
Khamis lalu, Mara dilaporkan sedang menimbang untuk menubuhkan MRSM berbayar khusus untuk pemohon dalam kalangan keluarga berkemampuan.
Alexender dilaporkan berkata, Mara sedang membuat kajian terperinci untuk mempertimbangkan pembinaan MRSM baharu di beberapa kawasan Parlimen terpilih seluruh negara.
Sementara itu, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menambah, permohonan kemasukan ke MRSM bertambah secara drastik kebelakangan ini apabila Mara menawarkan program Ulul Albab dan IGCSE yang setanding dengan sekolah antarabangsa.
“Peningkatan permohonan ini menjadi salah satu faktor untuk Mara melaksanakan kajian kemungkinan mewujudkan MRSM berbayar. Melalui cadangan ini, ia bakal membolehkan golongan berada dan berkemampuan yang bertambah di negara ini, menghantar anak mereka mengikuti sistem pendidikan MRSM.
“Walau bagaimana pun, cadangan MRSM berbayar ini masih di peringkat kajian dan pihak kementerian sentiasa mengalu-alukan sebarang pandangan daripada semua pihak mengenai cadangan ini.
“Usaha ini adalah untuk memberi pilihan kepada masyarakat dalam memberikan pendidikan terbaik kepada anak-anak melalui sistem pendidikan MRSM dan berpaksikan kepada Falsafah Pendidikan negara yang kita junjung bersama,” katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan