SHAH ALAM – Penganalisis politik menjangkakan suasana Perhimpunan Agung
Umno 2014 yang bakal berlangsung hujung bulan ini rancak dengan
perbahasan isu semasa termasuk soal Akta Hasutan.
Penganalisis politik, Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, perwakilan-perwakilan seluruh negara bakal membentangkan soal kelangsungan Umno pada masa akan datang.
“Kalau lihat sekarang sudah nampak banyak suara-suara yang kritikal terhadap Umno dan kepimpinan terutama daripada bekas-bekas pemimpin dan juga ahli-ahli parti.
“Suasana perhimpunan ini pula saya jangka akan rancak khususnya perwakilan-perwakilan yang akan membentangkan isu-isu semasa melibatkan ‘survival’ Umno pada masa akan datang termasuk tentang Melayu, ekonomi dan juga isu agama yang saya rasa akan menjadi tunjang perbincangan,” katanya kepada Sinar Harian Online.
Sementara itu, Dr Jeniri Amir pula menjangkakan, Akta Hasutan yang menjadi perdebatan saban hari akan menjadi salah satu agenda perbahasan nanti.
“Suasana macam biasa tapi mungkin tumpuan itu akan diberikan kepada asas membabitkan kepentingan Melayu, Islam dan hal berkaitan undang-undang. Harus dibahaskan dengan bijaksana bukan saja untuk kepentingan Umno tapi masa depan Melayu dan negara...survival bangsa.
“Jadi, mereka harus keluar daripada hanya membicarakan soal yang membabitkan Umno. Tapi pada saya, jauh lebih penting adalah membabitkan masyarakat, hubungan antara kaum, isu-isu penting khususnya Akta Hasutan.
“Mereka perlu kemukakan hujah-hujah yang konkrit dan bernas, mengapa harus dipertahankan itu (Akta Hasutan)? Berdasarkan perkembangan semasa, ada kecenderungan mereka akan mempertahankan Akta Hasutan...tidak akan memansuhkannya,” katanya.
Namun, beliau tidak menolak soal memantapkan parti, merencanakan dasar-dasar yang lebih baik untuk parti dari semua segi, agenda yang lebih besar membabitkan kepentingan negara juga perlu diberi perhatian sama berat kerana kedudukan Umno yang tidak lagi sama seperti sebelumnya.
Mengulas perkara sama, Prof Dr Ahmad Atory Hussain pula menjangkakan, pertentangan antara mahkamah syariah dan sivil bakal turut dibangkitkan.
“Apa yang penting adalah usul ekonomi, politik, agama selain daripada pendidikan. Untuk isu agama, sudah tentu mereka akan membincangkan soal mahkamah syariah yang bertentangan dengan mahkamah sivil,” katanya.
Perhimpunan Agung Umno dijadualkan berlangsung dari 25 hingga 29 November ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Tiada ulasan:
Catat Ulasan