Selasa, 25 November 2014

Beranikah ahli Umno tegur pemimpin?

MSO



Mahathir Mohamad
Bekas presiden Umno Dr Mahathir Mohamad yang dikatakan tidak akan menghadiri perhimpunan agung yang bermula malam ini, mengajar perwakilan Umno agar menegur pemimpin parti berkenaan. Katanya teguran itu perlu untuk mengelakkan apa yang dibuat oleh pemimpin diterima sebagai betul walaupun ia sebenarnya salah.

Tampak begitu tepat sekali cadangan Dr Mahathir itu. Beliau memberi contoh pemimpin masa lalu bukan sahaja ditegur bahkan dicabar termasuk beliau. Sememang ahli parti tidak kira daripada parti mana-mana harus berperanan begitu sebagai penegur untuk kebaikan. Tetapi soalnya apakah pemimpin yang ditegur itu sedia menerima kritikan ahli?

Selalunya kalau ada ahli yang membuat teguran kepada pemimpin mereka dituduh sebagai tidak wala' dan cuba membawa perpecahan.

Dengan mengambil contoh apa yang berlaku di sekitar diri Dr Mahathir sendiri, walaupun beliau sedia ditegur bahkan dicabar oleh ahlinya, tetapi beliau tidak dapat menerima teguran dan kritikan iu dengan baik dan sempurna.


Atau pun kalau ditegur beliau tidak akan peduli kepada teguran dan meneruskan juga apa yang difikirkan betul, kandati ia tidak benar dan dibangkangan oleh orang ramai. Sebaliknya sesiapa yang menegur atau mencabarnya untuk kebaikan parti dan kerajaan akan menerima balasan hukum karma daripadanya.

Minali dan Anwar akan dikritik.
Tidak perlu mengambil contoh banyak untuk membuktikan yang Dr Mahathir sendiri alergik dengan kritikan dan tidak dapat menerima teguran dan cabaran kepadanya. Apa yang dilakukan dan dialami oleh Tengku Razaleigh Hamzah, Musa Hitam dan Anwar Ibrahim adalah contoh klasik bagaimana Mahathir bertindak kejam ke atas pengkiritiknya. Mahathir mendendami orang-orang ini sampai ke sudah.

Tengku Razaleigh Hamzah sampai ke akhir hayatnya (mungkin) akan didera oleh Dr Mahathir. Apa sangat kesalahan dilakukan Tengku Razaleigh, beliau hanya mencabar kedudukan Mahathir sebagai Presiden Umno kerana tidak bersetuju dengan beberapa polisi dan prinsip kepimpinan Dr Mahathir. Tujuan Tengku Razaleigh itu tentulah untuk menyadar dan meletakkan Mahathir atas landsan perjuangan Umno sebenarnya. Bukankah apa dilakukan Tengku Razaleigh itu sebagai satu tanggungjawabnya dalam menjaga amanah parti.

Mengapa saya katakan Mahathir berdendam dengan Tengku Razaleigh. Beliau tahu dari segi kebolehan, kepakaran dan kelayakan untuk menjadi perdana menteri, Tengku Razaleigh jauh lebih berkempuan dan layak berbanding dengan Abdullah Ahmad Badawi dan Najib Razak. Tetapi apakah Mahathir pernah menyatakan sokongan kepada Tengku Razaleigh?

Apa yang berlaku Tengku Razaleigh Hamzah dinafikan haknya secara penuh diplomasi. Pengaruh dan kekuatan Tengku Razaleigh Hamzah di dalam Umno dipadamkan sedikit demi sedikit. Tengku Razaleigh yang sepatutnya direstui untuk memimpin Umno dan kerajaan dimatikan oleh Mahathir.

Demikian juga nasib yang diterima oleh Musa Hitam yang bersekongkol dengan Tengku Razaleigh mencabar Dr Mahathir. Kerana tekanan secara psikologis dilakukan Mahathir, akhirnya Musa terpaksa berundur secara terhormat sebagai timbalan perdana menteri dan kini menjadi fasilator politik bebas.

Bagaimana pun kekejaman Dr Mahathir dalam membalas dendam orang mencabar beliau diterima paling teruk oleh Anwar Ibrahim. Apa dilakukan terhadap Anwar adalah kemuncak kejahatan dan kekejaman seorang Mahathir bin Mohamad. Kalau Tengku Razaleigh Hamzah dan Musa Hitam setakat kehilangan jawatan, tetapi Anwar, Mahathir mengirimkan ke penjara dan bermaksud mamtikan kerjaya politik Anwar.

Dengan menoleh kepada laluan politik dilalui Mahathir itu dan dengan apa yang dilakukan kepada musuh-musuh politiknya dalam parti sendiri, apakah perwakilan Umno yang akan bersidang esok akan sedia melakukan apa yang Dr Mahathir suruhkan itu. Pmimpin Umno yang memimpin parti kebangsaan itu mempunyai pandangan dan sikap sama dengan Dr Mahathir Mohamad. Mereka juga akan mengambil tindakan sama seperti mana lakukan ke atas pengkritiknya. Pegangan dan amalan ini sangat difahami oleh para perwakilan.

Saya tidak mengira baik Mohd Najib Razak, Muhyddin Yassin, Zahid Hamidi dan lain-lain sedia untuk akur dan mendengar setiap kritikan yang dilemparkan kepadanya secara gentleman dan ikhlas. Kalau pun mereka tidak akan langsung bertindak secara drastik kepada penegurnya, tindakan secara halus akan diambil juga. Para pengkritkan itu akan diasing dan disisihkan perlahan-lahan. Tindakan itu nantilah menyebabkan para perwakilan hanya akan menjadi seperti kura-kura kesejukan aircon dalam Dewan Merdeka. Mereka akan "mengerlukkan" kepala sepanjang dalam dewan dan akan mengeluarkan kepala hanya di warung-warung kopi di hujung kampung saja.

Jadi kesimpulannnya jangan diharap para perwakilan akan mengkitik dan menegur mereka yang berada di atas pentas dalam Dewan Merdeka. Yang selalu berlaku dan berani dilakukan para perwakilan ialah mengkritik pemimpin Pakatan Rakyat, PKR dan DAP. Anwar Ibrahim, Minali (Azmin Ali), Lim Guang Eng dan Lim Kit Siang sudah pasti akan menjadi sasaran para perwakilan. Mereka akan dijadikan sasaran melepas tempias kemarahan.

Abdul Hadi Awang, Tuan Ibrahim Tuan Man, Mohd Amar Nik Abdullah dan Ahmad Yaakob, tidak lagi akan menjadi mangsa kritikan untuk sesi kali ini kerana mereka sudah menunjukkan sejiwa dengan Umno. Selain daripada orang-orang yang disebut itu, perwakilan Umno tidak akan menyentuhnya. Kalau pun nama pemimpin Pas yang akan disebut ialah Mohamad Sabu, Khalid Sama, Hanifa Maidin dan Dr Dzukifli Ahmad dan seorang lagi Phahrolrazi Mohd Zawawi yang akan diculakan sebagai pengkhianat.

Tengoklah nanti, Ketua Menteri Pulau Pinang akan dipalu secukupnya. Anwar Ibrahim juga akan ditabuhkan sebagai menjadi alat kepada DAP dan pengkhianat bangsa Melayu. (Sebenarnya pengkhianat kepada Umno). Nama Anwar dan Lim Guan Eng disandingkan atas pelamaian kebencian Umno. Merreka akan dikutuk semahu-mahunya seperti apa yang berlaku sebelum ini.

Tradisi menyuluh kesalahan dan mengkritik pemimpin Pakatan Rakyat dalam perhimpunan agung Umno bukan baru, tetapi ia menjadit amalan yang dihidup suburkan oleh Dr Mahathir Mohamad. Jadi, gesaan atau cadangan Mahathir agar perwakilan Umno mengkritik pemimpin itu akan berlalu di angin lalu begitu sahaja.

Apa lagi untuk mengkritik Najib yang "bercepuah" dengan pelbagai isu, BR1M, 1MDB, kehilangan MH370 dan sebagainya tidak akan menjadi kenyataan. Sebaliknya apa yang berlaku Najib akan dipuji sebagai Perdana Menteri yang berjaya menerusi beberapa transformasi dilakukannya, walaupun sebenarnya tidak ada apa yang dicapai menerusi transformasi berkenaan. Darah bangsawan yang mengalir dalam tubuh Najib tetap dihormati oleh Melayu Umno dan ia menjadi benteng untuk perwakilan Umno menegurnya.

Tiada ulasan: