Selasa, 3 Jun 2014

Berita Terkini Coklat Cadbury Malaysia : (Mei 2014) Ada DNA Babi oleh KKM VS (Jun 2014) Tiada DNA Babi oleh JAKIM!

 


Coklat Cadbury KKM

Berita Terkini Coklat Cadbury Malaysia DNA Babi


Bulan Mei 2014, menjadi saksi bagaimana rakyat Malaysia terutamanya Muslim dikejutkan dengan dakwaan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang mengatakan Coklat Cadbury mengandungi DNA. Seluruh Malaysia seperti dilanda letupan “bom atom di Hiroshima dan Nagasaki“. Masakan mungkin…

Masakan mungkin rakyat Malaysia beragama Islam pada ketika itu boleh berdiam apabila melihatkan sejarah lampau hidup mereka, sudah berkilo-kilo coklat Cadbury Malaysia ditelan dan “ditanam” diperut sehingga menjadi darah daging mereka yang mana didakwa mempunyai DNA babi sebenarnya.

Berita Terkini Coklat Cadbury Malaysia : Muslim Malaysia VS Cadbury Malaysia?

Sehingga menyebabkan Muslim Malaysia bangkit menuntut keadilan dan mahu syarikat Cadbury bertanggungjawab di atas segala bencana yang berlaku ke atas diri mereka selama ini termasuklah :
  1. ada yang mahu hantar saman ratus jutaan ringgit
  2. ada yang mahu mencuci darah
  3. dan macam-macam lagilah
Itu coretan berita yang berkemundang disepanjang bulan Mei 2014. Berita Terkini mengenai status coklat Cadbury Malaysian hari ini tanggal 2 Jun 2014, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom tampil ke hadapan dan mengatakan :
  1. Dua sampel produk coklat Cadbury Malaysia (coklat susu dengan kacang hazel Cadbury Dairy Milk Hazelnut dan coklat susu dengan buah badam Cadbury Dairy Milk Roast Almond) yang diambil terus dari kilang syarikat itu, disahkan tidak mengandungi Asid Deoksiribonukliek (DNA) babi (porcine)
  2. Ujian yang dijalankan Jabatan Kimia
  3. Keputusan yang dimaklumkan Kementerian Kesihatan baru-baru ini mungkin tercemar
Sumber : Utusan Malaysia Online

Sekejap ada sekejap tiada. Apabila membaca laporan berita ini, teringat Berita Semasa ibarat suatu ulang tayang seperti mana yang pernah berlaku kepada kes IKEA dahulu. Masih ingat lagi? Plot ceritanya hampir sama….
  • Terdapat dakwaan yang mengatakan sosej IKEA ada DNA babi
  • Beria-ria IKEA membuang semua sosej-sosej mereka, dan dapur mereka semua menjalani proses samak yang ketat
  • Akhirnya keputusan akhir yang diperolehi, tidak wujud pun DNA babi sebenarnya
Manakala untuk kes DNA babi pada coklat Cadbury ini bermula apabila :
  • coklat Cadbury ini dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan malaysia (KKM) itupun setelah borang ujikaji telah bocor
  • JAKIM bertindak untuk menganalisa dan membuat kajian untuk kali kedua menggunakan sampel terus dari kilang
  • Yang mana akhirnya, coklat Cadbury Malaysia yang dicanang selama ini ada mempunyai DNA Babi tiada sebenarnya

Laporan Coklat Cadbury Malaysia DNA Babi : JAKIM VS KKM?

Coklat Cadbury JAKIM 

Pada pemerhatian Berita Semasa, dalam hal ini Berita Semasa lebih percayakan JAKIM.

DNA babi daripada sampel yang diperiksa oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mungkin ada pencemaran kerana diambil adaripada pasaran seperti mana diakui sendiri dalam laporan JAKIM terbaru yang disampaikan Datuk Seri Jamil Khir Baharom .
Analogi mudahnya seperti di bawah ini :
  • Contohnya kita, lalu di depan/sebelah kedai Cina yang menyediakan sup babi contohnya, asap sup babi kena pada baju kita
  • Kemudian kebetulan jumpa pula Ah Seng (baru lepas makan babi salai), kita pula pergi salam dengan kawan lama tersebut
  • Jadi, sila semak semula baju dan tangan, pasti ada DNA babi.
  • Ya….jangan salah paham antara DNA babi dengan cebisan daging babi
  • Sekian…..
Realitinya Berita Semasa paham kebanyakan muslim di Malaysia sudah mula timbul perasaan was-was untuk membeli apatah lagi makan coklat Cadbury ini walaupun mengandungi tanda halal.

 Jadi apa respon balas anda semua selepas mendengar pengesahan terbaru mengenai status terbaru coklat Cadbury ini yang tiada DNA Babi?

2 ulasan:

Mohamad Zin berkata...

Saya masih tidak dapat menerima alasan pencemaran menyebabkan sampel coklat yg di anslisa oleh KKM mengandungi dna babi. Saya sarankan supaya persampelan rawak diambil disemua outlet spt di kedai seven eleven dan supermarket di seluruh negara dan dianalisa. ini lebih representatif kerana ia melibatkan coklat drp beberapa batch bancuhan. Kalau sampel yg diambil dikilang selepas isu ini meletus saya sangsi pihak kilang telah bersedia supaya dgn batch bancuhan yg bersih. pada saya ada kemungkinan pencemaran berlaku di kilang sekiranya dikilang tersebut juga memproses produk yg ada unsur drp procine? saya difahamkan selain jabatan kimia, upm, mardi dan makmal teknology perk boleh menjalankan analisa dna babi. Persatuan pengguna islam boleh ambil inisiatif utk buap persampelan dikedai2. Kita saman cadbury jika benar2 produknya mengandungi dna babi.

reymond grey berkata...

ala makan babi sikit je. makan babi nanti jadi otak Cina pandai menipu.