Isnin, 23 Jun 2014

Apabila harga telur meningkat...






Oleh SELENA TAY 


MINGGU lalu harga telur sudah menjadi RM3.95 untuk 10 bagi biji telur biasa. Adakah ini bererti bahawa harga telur sudah tidak boleh dikawal lagi?

“Kalau harga barang makanan asas seperti telur mendadak naik, ia merupakan satu petanda buruk bahawa ekonomi negara sudah parah. Ia bermakna bahawa kerajaan gagal membendung gejala kejatuhan ekonomi,” kata Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam daripada PAS.

Hakikatnya, selepas kehilangan pesawat MH370 yang membawa 153 orang penumpang dari negara China, ia telah memberi kesan kepada ekonomi negara kita disebabkan oleh krisis keyakinan terhadap pentadbiran negara. Justeru, pelancong asing terutamanya dari negara China telah membatalkan rancangan mereka untuk bercuti di Malaysia.

Tambahan, kes penculikan dua warga China di pantai perairan Sabah juga lagi menjejaskan keyakinan pelancong asing terhadap pentadbiran negara kita.

Kini seorang daripadanya sudah diselamatkan. Selain itu, kes ragut beg yang menyebabkan kecederaan kepada pelancong dari China juga ada berlaku.

Oleh itu, pada keseluruhannya industri pelancong negara kita akan terjejas. Dan ini pula Tahun Melawat Malaysia 2014.

Peragut yang menyebabkan kematian seorang wanita tua di pekarangan sebuah gereja di Seremban pun masih belum ditangkap.

Semua ini memberi imej yang buruk kepada negara kita.

Jika jalan penyelesaian tidak dicari untuk masalah jenayah yang disebut di atas, pelancong akan kurang datang melawat negara kita dan ini akan menjejaskan ekonomi negara.

Kesan negatifnya ialah harga barang makanan asas akan terus naik apabila ekonomi tidak sihat dan ini tentu akan membebankan lagi kehidupan warga marhaen di bandar dan golongan yang berpendapatan rendah.

Tiada ulasan: