Rabu, 7 Mei 2014

Pengerusi Mywatch syak Datuk terlibat ugut

HARAKAHDAILY


KUALA LUMPUR: Dua suspek yang mempunyai kaitan rapat dengan seorang pegawai polis berpangkat Datuk disyaki terlibat dalam kes ugutan terhadap Pengerusi Pasukan Bertindak Badan Pemantau Jenayah (MyWatch), R Sri Sanjeevan, lapor Keadilandaily.

“Dalam dua minggu ini saya sibuk mendedahkan kes pelacuran dan perjudian di Melaka dan ia mempunyai kait rapat dengan pegawai kanan polis yang berpangkat Datuk.

“Mungkin individu tersebut yang buat semua perkara ini,” kata Sanjeevan kepada Keadilandaily.

Pada 3 Mei lalu, Sanjeevan dikejutkan dengan penemuan tiga butir peluru hidup dalam peti surat rumah keluarganya di Kampung Taman Jaya, Jempol, Negeri Sembilan.

Berikutan ancaman tersebut, satu laporan polis dibuat di Balai Polis Bahau, pada hari yang sama.

“Dan boleh jadi juga kes tembak di Bahau, peluru yang ada dalam badan saya ukurannya 9mm, sama dengan peluru yang ditemui dalam peti surat tersebut iaitu 9mm.

“Kedua-dua orang ini adalah individu yang berbeza. Jadi saya syak antara mereka yang melakukan perkara ini,” katanya.

Satu sidang media akan dibuat dalam masa terdekat bagi mendesak polis supaya menubuhkan sebuah pasukan khas bagi menyiasat segala kes yang cuba dibongkarnya

Tiada ulasan: