MALAYSIAKINI
Hampir setahun selepas ditembak, pengerusi NGO pemantau jenayah MyWatch R
Sri Sanjeevan hari ini tampil dengan dakwaan rasuah dalam pasukan
polis.
Ahli PKR itu mempersoal kekayaan luar biasa anak lelaki seorang ketua polis negeri.
Dakwanya, penganggur berusia 30 tahun itu membeli dua kereta mewah tahun
lalu – Jaguar dan Audi A5 – yang kedua-duanya bernilai RM1.1 juta.
Akaun banknya juga, dakwa Sanjeevan, mempunyai transaksi bernilai RM500,000 dalam tempoh enam bulan sehingg April lalu.
“Kebetulannya di sini ialah dia mempunyai kaitan dengan syarikat senjata
api. Syarikat senjata apa itu pula di negeri yang sama dengan di mana
bapanya menjadi ketua polis,” katanya kepada pemberita di sebuah
restoren di Kuala Lumpur.
Malaysiakini tidak menyiarkan nama ketua polis negeri tersebut sementara menunggu komen rasminya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan