KEADILAN DAILY
KUALA LUMPUR : Kartunis politik Zunar melancarkan penerbitan animasi Datuk Nazak & Antutuya hari ini.Menurut Zunar, penerbitan animasi ini tercetus ketika nama Allah menjadi isu kontroversi.
“Ketika semua orang sibuk pasal nama ALLAH, saya teringat nama ALtantuya. Kerana itu saya menerbitkan animasi DATUK NAZAK & ANTUTUYA dalam episod “Antutuya bunuh diri”,” kata Zunar atau nama sebenar Zulkiflee Anwar Haque pada kenyataan.
Zunar berkata, animasi 4 1/2 minit ini bagi mengenang kematian model Mongolia itu yang dibunuh kejam tujuh tahun lalu.
Beliau merakamkan penghargaan kepada kartunis Jonos yang berkerja keras menyiapkan animasi ini.
Tonton animasi tersebut DI SINI.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan