Ahad, 20 Oktober 2013

Utusan tak akan pertahan Petronas lagi jika...


MALAYSIA KINI
 
 
 
Akhbar Utusan Malaysia memberi ancaman untuk tidak lagi mempertahankan Petronas dari tohmahan dan serangan dari pemimpin pembangkang, sekiranya syarikat petroleum negara itu tidak prihatin kepada usahawan bumiputera.

Utusan melalui tulisan lidah pengarangnya dengan nama samaran Awang Selamat dalam edisi hujung minggunya hari ini menyebut, akhbar tersebut sebelum ini komited mempertahankan syarikat minyak itu.

“Sebagai pengamal media pula, Awang tidak taksub berpegang kepada pertimbangan kewartawanan semata-mata, yang membolehkan apa sahaja kepincangan dalam Petronas didedahkan, jika mahu.

“Pertimbangan nasionalisme mengatasi pertimbangan lain apabila melibatkan Petronas...

“Tapi mana tahu, Awang berubah selepas ini jika Petronas tidak prihatin kepada keluh kesah pengguna terutama bumiputera dan kelihatan angkhuh,” tulisan itu dipetik.

Ia antara lainnya mempersoalkan mengenai nilai yang diperolehi syarikat vendor bumiputera dalam industri minyak dan gas.

Ia turut membangkitkan mengnean dakwaan bahawa peluang untuk pegawai kanan bumiputera dalam Petronas meningkat naik dalam syarikat tersebut mungkin lebih terhad.

Selain itu, ia juga menimbulkan mengenai dakwaan Persatuan Pengguna Islam Malaysia bahawa anak syarikat Petronas, Petronas Dagang Berhad menganaktirikan usahawan bumiputera dalam memberi peluang perniagaan di rangkaian Kedai Mesra Pertronas.

Tiada ulasan: