Isnin, 7 Oktober 2013

Tujuh Rumah Baru Untuk Rakyat Sejak PRU-13

BULETIN ONLINE
 
 
DUNGUN – Dalam masa empat bulan selepas pilihanraya umum kali (PRU) ke-13 Mei lalu, PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Paka telah berjaya membina rumah-rumah baru untuk rakyat miskin yang memerlukan.

projek rumah rakyat DUN Paka

Menurut ADUN Paka Ustaz Satiful Bahri Mamat, projek ‘rumah untuk rakyat’ itu dilaksanakan dengan penyelarasan pejabatnya dengan pembiayaan hasil sumbangan para dermawan dan orag ramai.

“PAS DUN Paka dengan penyelarasan pejabat ADUN meneruskan projek perumahan rakyat miskin yang memerlukan dengan mengumpul dana dari orang ramai serta dengan kerjasama masyarakat setempat dan PAS cawangan,

Selepas PRU (13) sudah tujuh rumah baru yang dibina dan 5 terlibat dengan tambahan serta baik pulih. Ramai lagi senarai menanti yang kita proses dan memerlukan lebih banyak dana,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas meninjau kerja-kerja gotong royong membina rumah ke tujuh projek tersebut di Kampung Cacar Baru pada Jumaat 4 Oktober.

Menurutnya, PAS menunaikan tanggungjawab tersebut kerana Umno dan Barisan Nasioal (BN) Terengganu gagal berfungsi sebagai sebuah kerajaan berikutan tindakan ‘balas dendam’ kerana kalah dalam DUN Paka pada PRU ke-13.

“Pembangunan akan diteruskan seperti yang telah dijanjikan, namun pembinaan rumah mampu milik tidak akan dibina di kawasan DUN yang kita (BN) kalah, kita akan bina di kawasan yang dimenangi BN,” katanya selepas majlis angkat sumpah Menteri Besar dan Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu di Istana Maziah.

IMG-20131004-WA0025

Pada 11 Mei, sebaik sahaja Umno-BN Terengganu hanya mampu menubuhkan kerajaa dengan majoriti dua kerusi di negeri Terengganu, Ahmad Said berkata rakyat di kawasan Parlimen dan DUN berkenaan perlu meminta bantuan daripada wakil rakyat yang mereka pilih.

Oleh itu, Ustaz Satiful yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu menyerus orang ramai dan para dermawan agar terus memberikan sumbangan ‘fisabiliLlah’ itu, bagi membantu golongan yang dianiyai oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN)

“Saya menyeru kepada dermawan dan penyumbang untuk meneruskan sumbangan fisabiliLlah ini, bagi pihak kami dapat menyampaikan terus sumbangan itu kepada rakyat yang telah dianiyai oleh kerajaan Umno-BN Terengganu,”jelasnya.

Beliau berkata, sepatutnya perkara tersebut boleh diselesaikan sekiranya peruntukan ADUN yang menjadi hak rakyat selaku pembayar cukai diagihkan kepada wakil-wakil rakyat.

Namun, kegagalan kerajaan Umno-BN Terengganu berlaku adil, bahkan bertidak zalim, telah menyebabkan rakyat menjadi mangsa.

Justeru, beliau turut mempelawa pihak swasta dan syarikat-syarikat persendirian untuk tampil melaksanakan tanggung jawab sosial korporat (corporate social responsiblity) yang menjadi salah satu amalan baik dalam pengurusan perniagaan.

Tiada ulasan: